Wednesday 18 July 2012

Menjelang Bulan Ramadan

    Tingal dua hari saja lagi bulan ramadan tiba, pertama aku ingin mengucapkan selamat berpuase kepada semua muslimin dan muslimat . Semoga kita semua di berkati dan di rahmati oleh Allah s.w.t. semoga kita dapat sama-sama menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. 
     Bulan puasa ini jugak adalah bulan melahirkan usahawan, yang tidak pernah berniaga sebelum ini mungkin akan berniaga pada bulan ramadan ini. ada jugak yg menyebut bulan ramadan ni bulan pesta makanan. sebab bulan ini saja, kadang-kadang makanan yang kita susah dapat pada hari biasa bulan ramadan ini tiba-tiba senang saje dapat. 
      Aku juga tidak terkecuali mengambil peluang untuk berjinak dalam dunia perniagaan ini. apa yang aku nak jual?? seperti kebiasaan, aku ni tak lah jangal sngat pasal bisnes ni sebab aku dari kecik pun dah ada pengalaman berniaga di bulan puasa ini. Mak ayah aku adalah peniaga, jadi aku suruh mak aku buat kuih lebih sikit untuk aku jual. kuih apa? tungu dan lihat saja. aku pun tak tau. yang aku tau cuma jual kan je..haha
     Sebelum tu aku ada satu hal yang aku tak suka. kena pergi pejabat kesihatan untuk di suntik. ape sey nak suntik-suntik aku, aku sihat meyh! aku ni dah la takut jarum. nak niage pun susah, kene tu la ini la. kalau la yang suntik aku tu nanti dokter takpe, abis kalaw nurs practikal?? tak jahanam tangan aku nanti. ingat aku ni tikus makmal ke?? tengok jela besok macam mana, berani ke tak aku menghadap jarum tu.
    Korang-korang semua jangan la lupe singah la kedai aku. jualan ramalan aku ialah air soya dan kuih muih. ni aku ada sertakan gambar yang aku ambik dari encik google. hasil jualan ni boleh la aku buat duit raya sikit. ok aku rasa tu jela, jemput la datang ye. tempat bazar ramadan tg.agas. kalau nak free, datang time buka, kuih tak abis nanti aku sedekah je kat korang. kedai nya aku pun tak tau belah mana. sebab belum lagi bukak. tungu la dua hari lagi..haha..... selamat berjumpa kita.. assalammualaikum....

Aku dan Tukar Tiub

       kali ni aku bersama bloger Tukar Tiub kalau korang folow blog dia ni memang terbaik la. sebab hari-hari dia update. tak macam aku ni kadang-kadang je..haha lagi pun aku mendapat inspirasi membuat blog dan menjadi seorang bloger dari bloger ni. korang kenal tak sapa?haha sekali lagi aku nk buat kejutan kat korang ni. kalau yang sebelum ni aku ada memaparkan gambar yang aku bersama A.Samad Said kali ni orang paling berpengaruh di kalangan punk2 kt malaysia ni...hahaha iaitu Hishamudin Rais.

       Ok,, sekarang dah tau kan sape gambar kt sebelah aku ni, dan korang dah tau kan ape Tukar Tiub tu. sebagai seorang pemuda yang cool kata-kata dia ni boleh memberi semangat kepada orang macam aku ni. yang lemah. bak kate beliau 'hidup hanya sekali, lakukanlah apa saja'. tu saje aku rasa untuk harini. terima kasih la kat korang kerana sudi membaca blog aku yg tak seberapa ni. assalammualaikum........

Tuesday 17 July 2012

Berjumpa Sastrawan Negara

asalammualaikum...
agak lama jugak aku tak update blog aku ni, dh bersawang aku rasa..
lama aku menghilang ni, aku telah membawa satu kejutan kepada diri aku dan diri korang semua, tau tak apa dia?? haha aku berjumpa dengan sastrawan negara, biasanya korang ada blajar bahasa melayu kt sekolah kan dan akan membaca sajak2, cerpen2, puisi2 yang beliau hasilkan ni. dah boleh teka belum sapa dia?? suruh korang teka nth bila dpat jawab agak nya..haha
  Ni haa aku dh bg dh gambar siapa yang aku jumpa, A.Samad Said atau dikenali dengan nama Pak Samad. dan aku ade sertakan buku yang di tulis oleh beliau, gambar jela ade, korang nak baca korang beli la buku ni Puisi Jadi Senjata. tak kan aku nak tulis kat sini pulak isi buku ni. tak baik cetak rompak barang orang ni..haha
jelos tak korang??haha ok la, tu je aku nak cerita, lgi takda apa pun aku nak cerita, lain hari nti aku cerita lagi sekian. wasalam...