Thursday 16 August 2012

Menjelang Raya.

Assalammualaikom...

rasa macam lama dah tak update cerita terbaru aku kat blog ni.

sepanjang bulan ramadan ni aku takde gambar yang nak di

 kongsi sebab aku agak sibuk bulan puasa ni, tu yang tak berjalan nak   

 snap-snap gambar ni. macam yang aku cerita yang lepas-lepas aku jual

 kat bazar. seronok rupenye dapat jalan kan bisnes sendiri. hari-hari aku

 ade duit, tak payah risau, yang penting kene rajin sikit.

   Sedar tak sedar rupanya dah masuk 28 hari puasa, dalam sibuk mencari 

duit sampai semua terlupa. harap-harap amalan ku di bulan mulia ni di 

terima oleh ilahi. dan di beri rezeki yang halal. besok atau lusa, mungkin

nak ke melaka mencari persiapan diri untuk hari raya. 

   Rase nye aku ke melaka tu sekadar berjalan sebab keperluan raya

tahun ni aku dah beli sikit-sikit. di mule dngan baju raya, seluar jeans dan 

baju jalan (baju kemeja). mungkin ini mase aku nak ambik gambar sedang 

mencari keperluan, mesti macam-macam ragam ade, kite tungu jela besok

ape yang akan aku sampai kan kt korang. ok, sampai situ jelah kot cerita 

besok kite sambung lagi ok... terima kasih sudi membace..

 assalammualikom... :))

Wednesday 18 July 2012

Menjelang Bulan Ramadan

    Tingal dua hari saja lagi bulan ramadan tiba, pertama aku ingin mengucapkan selamat berpuase kepada semua muslimin dan muslimat . Semoga kita semua di berkati dan di rahmati oleh Allah s.w.t. semoga kita dapat sama-sama menjalankan ibadah puasa dengan sempurna. 
     Bulan puasa ini jugak adalah bulan melahirkan usahawan, yang tidak pernah berniaga sebelum ini mungkin akan berniaga pada bulan ramadan ini. ada jugak yg menyebut bulan ramadan ni bulan pesta makanan. sebab bulan ini saja, kadang-kadang makanan yang kita susah dapat pada hari biasa bulan ramadan ini tiba-tiba senang saje dapat. 
      Aku juga tidak terkecuali mengambil peluang untuk berjinak dalam dunia perniagaan ini. apa yang aku nak jual?? seperti kebiasaan, aku ni tak lah jangal sngat pasal bisnes ni sebab aku dari kecik pun dah ada pengalaman berniaga di bulan puasa ini. Mak ayah aku adalah peniaga, jadi aku suruh mak aku buat kuih lebih sikit untuk aku jual. kuih apa? tungu dan lihat saja. aku pun tak tau. yang aku tau cuma jual kan je..haha
     Sebelum tu aku ada satu hal yang aku tak suka. kena pergi pejabat kesihatan untuk di suntik. ape sey nak suntik-suntik aku, aku sihat meyh! aku ni dah la takut jarum. nak niage pun susah, kene tu la ini la. kalau la yang suntik aku tu nanti dokter takpe, abis kalaw nurs practikal?? tak jahanam tangan aku nanti. ingat aku ni tikus makmal ke?? tengok jela besok macam mana, berani ke tak aku menghadap jarum tu.
    Korang-korang semua jangan la lupe singah la kedai aku. jualan ramalan aku ialah air soya dan kuih muih. ni aku ada sertakan gambar yang aku ambik dari encik google. hasil jualan ni boleh la aku buat duit raya sikit. ok aku rasa tu jela, jemput la datang ye. tempat bazar ramadan tg.agas. kalau nak free, datang time buka, kuih tak abis nanti aku sedekah je kat korang. kedai nya aku pun tak tau belah mana. sebab belum lagi bukak. tungu la dua hari lagi..haha..... selamat berjumpa kita.. assalammualaikum....

Aku dan Tukar Tiub

       kali ni aku bersama bloger Tukar Tiub kalau korang folow blog dia ni memang terbaik la. sebab hari-hari dia update. tak macam aku ni kadang-kadang je..haha lagi pun aku mendapat inspirasi membuat blog dan menjadi seorang bloger dari bloger ni. korang kenal tak sapa?haha sekali lagi aku nk buat kejutan kat korang ni. kalau yang sebelum ni aku ada memaparkan gambar yang aku bersama A.Samad Said kali ni orang paling berpengaruh di kalangan punk2 kt malaysia ni...hahaha iaitu Hishamudin Rais.

       Ok,, sekarang dah tau kan sape gambar kt sebelah aku ni, dan korang dah tau kan ape Tukar Tiub tu. sebagai seorang pemuda yang cool kata-kata dia ni boleh memberi semangat kepada orang macam aku ni. yang lemah. bak kate beliau 'hidup hanya sekali, lakukanlah apa saja'. tu saje aku rasa untuk harini. terima kasih la kat korang kerana sudi membaca blog aku yg tak seberapa ni. assalammualaikum........

Tuesday 17 July 2012

Berjumpa Sastrawan Negara

asalammualaikum...
agak lama jugak aku tak update blog aku ni, dh bersawang aku rasa..
lama aku menghilang ni, aku telah membawa satu kejutan kepada diri aku dan diri korang semua, tau tak apa dia?? haha aku berjumpa dengan sastrawan negara, biasanya korang ada blajar bahasa melayu kt sekolah kan dan akan membaca sajak2, cerpen2, puisi2 yang beliau hasilkan ni. dah boleh teka belum sapa dia?? suruh korang teka nth bila dpat jawab agak nya..haha
  Ni haa aku dh bg dh gambar siapa yang aku jumpa, A.Samad Said atau dikenali dengan nama Pak Samad. dan aku ade sertakan buku yang di tulis oleh beliau, gambar jela ade, korang nak baca korang beli la buku ni Puisi Jadi Senjata. tak kan aku nak tulis kat sini pulak isi buku ni. tak baik cetak rompak barang orang ni..haha
jelos tak korang??haha ok la, tu je aku nak cerita, lgi takda apa pun aku nak cerita, lain hari nti aku cerita lagi sekian. wasalam...

Friday 27 January 2012

Malam tahun baru cina



Pada hari jumaat yang lalu merupakan hari yang sibuk bagi lebuh raya PLUS Utara-Selatan, sebabnya ia merupakan cuti panjang bagi pekerja suasta dan krajaan. Tapi bukan pasal lebuh raya ni aku nak cerita, aku nk cerita situasi aku sepanjang cuti empat hari ni. Walaupun aku tak bekerja tapi terasa jugak la kemeriahan di kampong halaman. Bukan ape ramai membe-membe yang merantau balik mase ni.

 Kampong di penuhi anak muda kira-kira jam 11 malam hari sabtu, mungkin diorang gerak lambat sebab nak elak kan jem kot, takpun diorang sendiri tersangkut dalam jem. Pada malam minggu tu takde ape-ape kot ektiviti aku degan membe-membe aku ni. Tapi hari ahad tu aku ade men futsal. Peh! Dah lame aku rase tak main futsal, ade la dalam dua bulan lepas, lepas aku tingalkan kolej.

Time stady dlu main dngn membe-membe kolej, ade la sebulan dua ke tiga kali main. Lepas abis stady terus takde main. Tapi petang-petang ade la main bola. Nak di pendek kan cerita time malam ni malam tahun baru cine, jadi dewan futsal ni kosong la takde orang lain yang main kecuali budak kampong aku. Seramai 20 orang yang main, jadi ade la dalam empat team.

Main dua jam stngh, peh rase macam nk mati je main. Lame kot tak main tbe-tbe plk membe aku ni ajak secara mengejut plk, takkan la nk tolak tak baik!!. Malam tu aku dapat score tiga biji, puas gile la aku rase. Tapi yang tak puas nye lepas main futsal ni aku tengok perlawanan ARS vs MU. Dua team ni aku tak suke. Tapi aku suke MU klh..haha tp pada malam tu team MU ni boleh menang pulak geram aje aku, tula yang aku tak puas hati tu..hahaha.

Abis main futsal pukul 11.30. game MU/ARS ni pukul12 dan habis pukul3 pagi, jd sempat la aku balik pasang projector. Pada malam ni jugak malam cine main bunga api/mercun, dh mcm tengok bola dekat Iraq dh aku rase, letupan mercun tanpa henti sampai la ke subuh. Taktau plak aku diorang ni nk kluo raye pukul bape kalau subuh pun tak tido lagi.hahaha Aku pukul3 dh balik tdo dh. Bangun aku rase dalam pukul9.30 kot. cm lambat kn.kekeke..

 Dan siang tu aku rase aku takde buat ape cume relex2 kt rumah tengok tv sambil ber facebook. Malam pada hri ni pun aku tak ke mane, tlg mak aku kt kedai je. Bsk pagi nye pulak teman kn membe aku pgi cri joran mancing. Sebab orng kg aku ni semua dh tuka cite2 sebagai nelayan..kekeke akhir kate aku nk bagi nasihat sikit kt budak-budak kecik ni ‘‘jadikan la memancing itu sebagai hobi bukan sebagai cite-cite’’ sekian.. assalammualaikom………..

Friday 20 January 2012

JB PEACE YO!!

Johor bahru atau di pangil JB, bermacam-macam ragam didalam nya, kisah sikecil,kanak-kanak, remaja,dewasa dan tidak ketingalan juga warga tua atau warga mas. Mereka yg merantau ke JB ni kebanykn nya untuk mencari rezeki yg halal. Tetapi bndar johor bahru ni bkn seperti bndar-bndar besar yg lain bnyk kisah di dalam nya. anda seharusnya berhati-hati apabila berjalan di sana, dn ini cerita aku! . Nama Danga Bay tidak asing bagi kawasan Johor Bahru terletak di sebelah selatan daerah johor berhadapan dengan Singapore, kawasan yg cantik di waktu malam di waktu siang aku xtau la mcm mne keadaan nye sebb aku x penah pergi time siang. Malam sebab aku ckap cantik sebab di hiasi dengan lampu-lampu berwarna warni, n kt kawasan tu bnyak kapal. Kapal ni pun di hiasi dengan lampu. Aku kesana bersama dua org kawan aku zubir dan ikin. Ade lgi sorg sedare si ikin ni, tp aq xtau name dia. Ah itu x penting. Tp aku nk cerita sikit pasal Bandar metropolitan ni, Bandar ni x mcm kuala lumpur, KL pukul 3pagi pun ramai org lg. tp bndar ni kelihatan sunyi selepas jam12 mlm. Kelihatan bapok2 di celah-celah bangunan. Keadaan ni persis seperti kt tempat aku ni kt jln sayang muar. Selain tu tidak ketingalan juga dengan up-town nya atau di kenali sebagai pasar karat mcm-macam ade jual kt sini, org kate kt sini bnyk barang entik atau aku pngil barang rare J tp xtau plk sebab aq x msk pun cume lalu je. Si dak zubir ni yg bawak aq pusing-pusing Bandar JB ni, nk harap kn aq jln sendri mmg x la smpai ke ank cucu mmg xde mase la J. Jalan punya jalan x sedar mase berlalu dengan pantas jam pun telah menunjukkan pukul 2.30 pagi, n nk hntr dak ikin ni lg balik kulai. Perjalanan nk ke rumah dia ni mengmbil mase 1jam, blh thn jauh la jugak mengntuk aku dalam kete ni. Tp nasib bek la dia ni bnyk ckp n pandai bercerita sepnjang jln la dia cerita kisah dia. N balik ni yg berat ckit mate aku mmg dh ngntok gile, dak zubir ni aq xtau la mate dia bukan mate aq lg pun dia bwk krete xkn la dia nk tdo plk J. Dia anta aq blk g rumah sewa membe aq. Tp sebelum tu aq g 7E tp korg jngn terkejut klw korg xblh msk 7E tgh-tgh pagi ni sebab pintu dh berkunci n ade sorg pekerja 7E tu dtg kt korg tnye ape korg nk.. bg aq tu satu bende pelik. Bg korg yg selain ddk JB ni aq xtau la. K la. Tu saje kot cite yg ade harap korg terhibur ;) bagi nora ikin aqip kt bwh ni aq dh msk kn skli pic korg berjimba2 tu…hehe  assalammualaikum…..

























Thursday 12 January 2012

perjalanan 901


Pada 09.01.2012 hari isnin aq telah pergi ke mahkamah Negara jalan duta kuala lumpur. Bertolak jam 10pg 08.01.2012 dan tiba di tol sungai besi pada 12tgh hri. Terus aku ke rumah membe aku di taman desa tasik. Setibanya aku di sana aku terus call membe aku ni and dia kate dia takde kat rumah. Aku pun dah kusut la time tu, nk tungu dia blk rumah malam, abis aku nak buat ape lagi 8jam ni?? Terpaksa la aku pergi kerumah membe aku lagi sorang ni kt shah alam. Boleh thn jugak jauh shah alam dengan kl ni. Tibe di shah alam sesat pulak tu. Bape bnyak seksyen nth kt shah alam ni, pusing2 tempat yg sama jgk. Aku call la membe aku ni suruh dia ambik. Ptg tu abis satu shah alam tu aku pusing. Puas dah pusing kt shah alam ni aku di bawak ke rumah sewa dia. Aku lepak ade la dalam 2jam. Lps tu membe aku yg dri k.l tu jemput dan bawak aku terus ke k.l. lpk rumah membe aku tu kjp je. Dan malam tu dalam pukul12 membe aku bawak aku ke perhentian bas jalan duta dan dia tinggal kn aku bersama dua orang lg kawan aku. Aku lpk kt situ sampai pukul2 pagi. Sepanjang 2jam tu mcm2 org dh aku jumpe, yg penipu nye lain dan macam2 lagi la perngai orang. Pukul 3 pagi aku bergerak ke masjid jln duta bersama kwn2 baru yg aku jumpe. bergerak ke perkarangan masjid dengan kumpulan kecil. Kt situ aku nmpak ramai org yg sedang menunggu waktu kemuncak nya J di perkarangan masjid. tua muda, cina, melayu semua kwn. Aku tngk kt sekeliling aku ade yang dah tido, yg berborak ber fb kt tepi jln tu. Aku pun ape lagi tampa melengah kn mase aku ambik baju sejuk aku tu gulung dan buat kn dia bntal. Tido la ape lagi J. Baru nk terlelap ade sorg kwn ni kejut kn aku. 
Dia suruh aku dan yang 
lain tido kt masjid. Pada mula nya aku takut nk masuk masjid tu. sebab sebelum tu aku ade bace blog ade la kumpulan yg nk buat kiamulail kt masjid tu, dan kiteorg tidak dibenarkan masuk (perkasa&pekida).  Masuk je aku kt dalam masjid tu aku tngok ramai org dh tdo kt bawah ni (untuk pengetahuan korang masjid jln duta ni besar, dan dua tingkat. Tingkat bawah ruangan wuduk dan atas tempat solat). Tido la aku kt bawah tu, x lame lps tu ujan pun turun. Lebat jugak la sampai terase kesejukan nya J. Dalam 2jam aku rase aku dapat tido lepastu azan subuh berkumandang. Aku dan yang lain semua bngun dan pergi solat, terase macam solat raya ramai gile org kt solat subuh time tu fist time aku tngk solat subuh rramai macam ni. Lepas je solat aku terus menuju ke parking kereta mahkamah Negara jalan duta ni. Mcm nk pergi carnival, ramai org, jam pada masa tu pukul 6.30 pagi. Ade la poster, baner yg aku dapat untuk di tayang kan mase demo tu nanti J. Aku adalah yang terawal sampai ke situ. Parking kereta tu dipenuhi sedikit demi sedikit lebih kurang sejam. Polis yg jaga time tu masyaallah ramai nk mampos,, tp ape aku kisah bro LAWAN TETAP LAWAN J. Hampir 4jam aku lpk kt situ, sampai DSAI didapati bebas. Jam 11.00 aku bergerak pulang, sedikit demi sedikit berpecah dri kumpulan yang besar. Berjalan terus ke hentian duta menunggu rakan yg lain. Selepas cukup semua aku pun berjalan kaki men cari LRT blh thn jauh jugak LRT tu dngan jln duta,, korg nk tau aku jalan sampai mana? Sampai kt PWTC btul2 bando kuala lumpur tu aku sampai (dengan berjalan kaki) ade la dalam 7km aku jalan kaki. Perjalanan ni sunguh mencabar sebab nye buat pertama kali nya aku tidak Berjaya menyebrangi jalan raya sebab nya orang kL ni x pernah bawak kenderaan diorg ni slow. Ape yg nk di kejar nya pun aku  tak tau. Lps dpt LRT tu aku terus bergerak ke TBS, sampai sane aku suruh membe aku ambik balik kerumah dia. Sebab moto aku aku letak situ. Tengah relax2 ni aku dapati motor aku ni boleh bocur la plk,, peh!! Memang bengang la, dh la kne jln kaki, n ink kne tolak moto plk cri kdai tukar tiub. Siap semua aku pun lpk kt rumah membe aku tu, ingt nk balik malam tp dia blh ajak aku jln Bukit Bintang pulak. Dh la x tdo lg ni, berjalan dngn penuh penat lg malam tu berjalan lg, peh kaki rase macam nk trcabut beb. Siap berjalan terus blk dlm kul12 mlm. Tdo dan bgun kul10pg J (terlambt ckit bngun). 10.01.2011 tiba waktu aku balik johor, jam pukul12 aku bersiap, lpk kjp dan makan, lpk punya lepak sedo2 aku dah lambat. Jammenunjuk kan 2stgh petang. Aku ape lg terus cabut la. Perjalanan ke kampong halaman dengan mengunakan motosikal ex5 mengambil masa 3jam. Sampai dengan selamat. Dan masa aku berehat. Tak sempat nk rehat aku terpaksa bergegas ke JB pulak, teman kn membe aku. Gerak dri rumah pukul6 dan sampai ke JB pukul8. Terus kerumah membe aku yg ade kt JB tu. aku dpt la bring2 dlm 1jam. Pastu membe kolej aku jemput dan bawak berjalan pusing 1 JB. Penat gile aku berjalan, balik tu adela dalam pukul3 pagi 11.01.2011. aku dpt tdo lbih kurg 2jam lebih je, pastu membe aku kejut kul6. Dh pg rupenye. Dia nk cept pergi interview dtg awal kate nye, kt syarikat SAJ. Lame jgk la tungu dia. Dan aku dpt tdo kt dlm kreta tu sampai la pukul12 J tdo lg,, penat  der. Mlm dh la x tdo. Lps abis interview tu aku pergi ke maktap perguruan yg ada kt larkin JB ni, ambik barg basikal membe aku. Selesai urusan kt JB ni selesai aku terus balik ke kg halaman muar johor. Smpai rumah terus tdo. Sampai ke magrib J sempat solat magrib k… begitulah cerita aku sepanjang ¾ hri ni berjaln. Boleh kate puas la jugak. Lain mase nti aku cerita kn lg ea kisah aku. Nk cerita politik pun boleh…huhu ok bubye..assalamualaikum…

Monday 2 January 2012

HERO MALAYA!!



Ini adalah kisah malang hero aku. ADAM ADLI.


adam adli sedang menurun kn bendera najib.

Perhimpunan menuntut kebebasan Adam Adli Abdul Halim dan akademik di pekarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (Upsi) 

Penyebar fikiran rakyat PUIIHHH!!!!