Wednesday, 18 July 2012

Aku dan Tukar Tiub

       kali ni aku bersama bloger Tukar Tiub kalau korang folow blog dia ni memang terbaik la. sebab hari-hari dia update. tak macam aku ni kadang-kadang je..haha lagi pun aku mendapat inspirasi membuat blog dan menjadi seorang bloger dari bloger ni. korang kenal tak sapa?haha sekali lagi aku nk buat kejutan kat korang ni. kalau yang sebelum ni aku ada memaparkan gambar yang aku bersama A.Samad Said kali ni orang paling berpengaruh di kalangan punk2 kt malaysia ni...hahaha iaitu Hishamudin Rais.

       Ok,, sekarang dah tau kan sape gambar kt sebelah aku ni, dan korang dah tau kan ape Tukar Tiub tu. sebagai seorang pemuda yang cool kata-kata dia ni boleh memberi semangat kepada orang macam aku ni. yang lemah. bak kate beliau 'hidup hanya sekali, lakukanlah apa saja'. tu saje aku rasa untuk harini. terima kasih la kat korang kerana sudi membaca blog aku yg tak seberapa ni. assalammualaikum........

Tuesday, 17 July 2012

Berjumpa Sastrawan Negara

asalammualaikum...
agak lama jugak aku tak update blog aku ni, dh bersawang aku rasa..
lama aku menghilang ni, aku telah membawa satu kejutan kepada diri aku dan diri korang semua, tau tak apa dia?? haha aku berjumpa dengan sastrawan negara, biasanya korang ada blajar bahasa melayu kt sekolah kan dan akan membaca sajak2, cerpen2, puisi2 yang beliau hasilkan ni. dah boleh teka belum sapa dia?? suruh korang teka nth bila dpat jawab agak nya..haha
  Ni haa aku dh bg dh gambar siapa yang aku jumpa, A.Samad Said atau dikenali dengan nama Pak Samad. dan aku ade sertakan buku yang di tulis oleh beliau, gambar jela ade, korang nak baca korang beli la buku ni Puisi Jadi Senjata. tak kan aku nak tulis kat sini pulak isi buku ni. tak baik cetak rompak barang orang ni..haha
jelos tak korang??haha ok la, tu je aku nak cerita, lgi takda apa pun aku nak cerita, lain hari nti aku cerita lagi sekian. wasalam...