Thursday 12 January 2012

perjalanan 901


Pada 09.01.2012 hari isnin aq telah pergi ke mahkamah Negara jalan duta kuala lumpur. Bertolak jam 10pg 08.01.2012 dan tiba di tol sungai besi pada 12tgh hri. Terus aku ke rumah membe aku di taman desa tasik. Setibanya aku di sana aku terus call membe aku ni and dia kate dia takde kat rumah. Aku pun dah kusut la time tu, nk tungu dia blk rumah malam, abis aku nak buat ape lagi 8jam ni?? Terpaksa la aku pergi kerumah membe aku lagi sorang ni kt shah alam. Boleh thn jugak jauh shah alam dengan kl ni. Tibe di shah alam sesat pulak tu. Bape bnyak seksyen nth kt shah alam ni, pusing2 tempat yg sama jgk. Aku call la membe aku ni suruh dia ambik. Ptg tu abis satu shah alam tu aku pusing. Puas dah pusing kt shah alam ni aku di bawak ke rumah sewa dia. Aku lepak ade la dalam 2jam. Lps tu membe aku yg dri k.l tu jemput dan bawak aku terus ke k.l. lpk rumah membe aku tu kjp je. Dan malam tu dalam pukul12 membe aku bawak aku ke perhentian bas jalan duta dan dia tinggal kn aku bersama dua orang lg kawan aku. Aku lpk kt situ sampai pukul2 pagi. Sepanjang 2jam tu mcm2 org dh aku jumpe, yg penipu nye lain dan macam2 lagi la perngai orang. Pukul 3 pagi aku bergerak ke masjid jln duta bersama kwn2 baru yg aku jumpe. bergerak ke perkarangan masjid dengan kumpulan kecil. Kt situ aku nmpak ramai org yg sedang menunggu waktu kemuncak nya J di perkarangan masjid. tua muda, cina, melayu semua kwn. Aku tngk kt sekeliling aku ade yang dah tido, yg berborak ber fb kt tepi jln tu. Aku pun ape lagi tampa melengah kn mase aku ambik baju sejuk aku tu gulung dan buat kn dia bntal. Tido la ape lagi J. Baru nk terlelap ade sorg kwn ni kejut kn aku. 
Dia suruh aku dan yang 
lain tido kt masjid. Pada mula nya aku takut nk masuk masjid tu. sebab sebelum tu aku ade bace blog ade la kumpulan yg nk buat kiamulail kt masjid tu, dan kiteorg tidak dibenarkan masuk (perkasa&pekida).  Masuk je aku kt dalam masjid tu aku tngok ramai org dh tdo kt bawah ni (untuk pengetahuan korang masjid jln duta ni besar, dan dua tingkat. Tingkat bawah ruangan wuduk dan atas tempat solat). Tido la aku kt bawah tu, x lame lps tu ujan pun turun. Lebat jugak la sampai terase kesejukan nya J. Dalam 2jam aku rase aku dapat tido lepastu azan subuh berkumandang. Aku dan yang lain semua bngun dan pergi solat, terase macam solat raya ramai gile org kt solat subuh time tu fist time aku tngk solat subuh rramai macam ni. Lepas je solat aku terus menuju ke parking kereta mahkamah Negara jalan duta ni. Mcm nk pergi carnival, ramai org, jam pada masa tu pukul 6.30 pagi. Ade la poster, baner yg aku dapat untuk di tayang kan mase demo tu nanti J. Aku adalah yang terawal sampai ke situ. Parking kereta tu dipenuhi sedikit demi sedikit lebih kurang sejam. Polis yg jaga time tu masyaallah ramai nk mampos,, tp ape aku kisah bro LAWAN TETAP LAWAN J. Hampir 4jam aku lpk kt situ, sampai DSAI didapati bebas. Jam 11.00 aku bergerak pulang, sedikit demi sedikit berpecah dri kumpulan yang besar. Berjalan terus ke hentian duta menunggu rakan yg lain. Selepas cukup semua aku pun berjalan kaki men cari LRT blh thn jauh jugak LRT tu dngan jln duta,, korg nk tau aku jalan sampai mana? Sampai kt PWTC btul2 bando kuala lumpur tu aku sampai (dengan berjalan kaki) ade la dalam 7km aku jalan kaki. Perjalanan ni sunguh mencabar sebab nye buat pertama kali nya aku tidak Berjaya menyebrangi jalan raya sebab nya orang kL ni x pernah bawak kenderaan diorg ni slow. Ape yg nk di kejar nya pun aku  tak tau. Lps dpt LRT tu aku terus bergerak ke TBS, sampai sane aku suruh membe aku ambik balik kerumah dia. Sebab moto aku aku letak situ. Tengah relax2 ni aku dapati motor aku ni boleh bocur la plk,, peh!! Memang bengang la, dh la kne jln kaki, n ink kne tolak moto plk cri kdai tukar tiub. Siap semua aku pun lpk kt rumah membe aku tu, ingt nk balik malam tp dia blh ajak aku jln Bukit Bintang pulak. Dh la x tdo lg ni, berjalan dngn penuh penat lg malam tu berjalan lg, peh kaki rase macam nk trcabut beb. Siap berjalan terus blk dlm kul12 mlm. Tdo dan bgun kul10pg J (terlambt ckit bngun). 10.01.2011 tiba waktu aku balik johor, jam pukul12 aku bersiap, lpk kjp dan makan, lpk punya lepak sedo2 aku dah lambat. Jammenunjuk kan 2stgh petang. Aku ape lg terus cabut la. Perjalanan ke kampong halaman dengan mengunakan motosikal ex5 mengambil masa 3jam. Sampai dengan selamat. Dan masa aku berehat. Tak sempat nk rehat aku terpaksa bergegas ke JB pulak, teman kn membe aku. Gerak dri rumah pukul6 dan sampai ke JB pukul8. Terus kerumah membe aku yg ade kt JB tu. aku dpt la bring2 dlm 1jam. Pastu membe kolej aku jemput dan bawak berjalan pusing 1 JB. Penat gile aku berjalan, balik tu adela dalam pukul3 pagi 11.01.2011. aku dpt tdo lbih kurg 2jam lebih je, pastu membe aku kejut kul6. Dh pg rupenye. Dia nk cept pergi interview dtg awal kate nye, kt syarikat SAJ. Lame jgk la tungu dia. Dan aku dpt tdo kt dlm kreta tu sampai la pukul12 J tdo lg,, penat  der. Mlm dh la x tdo. Lps abis interview tu aku pergi ke maktap perguruan yg ada kt larkin JB ni, ambik barg basikal membe aku. Selesai urusan kt JB ni selesai aku terus balik ke kg halaman muar johor. Smpai rumah terus tdo. Sampai ke magrib J sempat solat magrib k… begitulah cerita aku sepanjang ¾ hri ni berjaln. Boleh kate puas la jugak. Lain mase nti aku cerita kn lg ea kisah aku. Nk cerita politik pun boleh…huhu ok bubye..assalamualaikum…

No comments:

Post a Comment